BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 14 February 2012


seandainya,kau ada di sini dengan ku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
hiasi malam sepiku


lagu yang asyik bermain di dalam fikiran aku. sesungguhnya aku amat merinduinya. aku rindu saat kami bersama. aku rindu membaca sms nya. aku rindu mendengar suaranya. AKU RINDU DIA.



hubungan yang telah dibina selama dua tahun akhirnya tergantung begitu sahaja. dua tahun aku hidup dengan nya. dia yang menemaniku makan,belajar. walaupun hanya dalam sms. perit untukku melalui hari-hari tanpa dia. aku bagaikan isteri kehilangan suami. lucunya.manusia,mudah melupakan apa yang ada di hadapan mata. itulah aku. tak pernah menghargai orang yang aku sayang.



saat dia menunjukkan kasih sayangnya,aku ragu.dan sekarang ketika aku mahu menunjukkan bahawa aku sayangkan nya,dia dah tiada.pergi.meninggalkan aku sendiri.
pahit.perit.sakit.itulah yang aku rasakan sekarang.menangis seorang diri.jika dulu,dia berjanji akan menemaniku saat aku menangis,tapi dimana dia sekarang ? hanya kata-katanya sahaja yang menemaniku. "awak,saya tahu baby girl saya kuat.kuat sekuat harimau.jangan nangis tau. ;) "




ahhh aku rindu. masihku ingat,saat peperiksaan hampir tiba,dia sanggup menjadi private tutor ku. on the phone yang selalu kami guna untuk melepas rindu bertukar menjadi sesi soal jawap. dan usahanya berhasil. aku berjaya menaikkan markahku. kegembiraan dikongsi bersama. namun sekarang ? hanya air mata yang mengalir saat aku melihat buku. dia juga yang memberiku semangat untuk pergi tuisyen. hari-hari aku rasa nak pergi tuisyen. bila aku malas,dia akan cakap "go zureen go.u can do it".tapi sekarang ? dia dah tiada,tiada lagi orang nak memberi aku semangat.tiada lagi orang yang akan cakap "go zureen go.u can do it".aku rasa malas sangat nak pergi tuisyen tanpa dia.



hi awak. are u reading this ? :') masihkah awak ingat waktu kita berbuka puasa bersama ? awak nak duduk sebelah saya tp saya cakap tak nak sebab saya nak tengok muka awak semasa makan. seronok sangat. lepas makan,kita jalan-jalan. tiba-tiba awak letak tangan awak kat muka saya. saya tanya kenapa dan jawapan awak sangat sweet "saya takut awak tengok lelaki lain :( ".
awak,awak ingat tak waktu saya pergi beraya rumah awak ? saya tolong mama awak potong kentang. awak pula sibuk cakap dengan uncle awak. awak cakap lepas spm awak nak tinggal kat bintulu. lepas tu mama awak sampuk "kalau kat bintulu,tunang kat kuching ni siapa nak jaga ?" hampir nak jatuh jantung saya. sportingnya mama awak. malunya saya. lagi malu apabila awak tak nak makan selagi saya tak suap. eee geramnya. nak tak nak,terpaksa jugak suap awak.di hadapan adik awak pulak tu. kalau awak nak tahu,tu la first time saya suap orang laki. lepas makan-makan,kita lepak dengan adik dan sepupu awak. seronok sangat sampai ketawa beserta air mata. kita cakap-cakap sambil awak main rambut saya. mama awak tengok. ah malunya saya. akhirnya haripun malam.saya takut nak balik rumah. tapi awak cakap takpe sebab awak pun nak beraya kat rumah saya. masa kat rumah saya,awak cakap dengan ayah saya.sambil cakap,sambil tengok saya. ish.




awak,masih banyak kenangan yang telah kita buat. kalau boleh saya nak buat lebih banyak kenangan dengan awak. tapi hubungan kita dah berakhir. awak dah tinggalkan saya. saya menyesal sangat sebab tak hargai awak. awak,hari-hari saya nangis tunggu sms dari awak. tapi awak tak pernah hantar pun. awak dah lupakan saya ? orang cakap,kalau jodoh tak ke mana,putus beratus kali pun tetap akan bersambung kembali. tapi saya tak nak macam tu. saya nak bersama awak sepanjang masa. awak dah janji tak nak tinggalkan saya.tapi kenapa awak lupakan janji awak ?