BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 22 December 2011

N.U.R.I.N

Good Morning ! J

Yeah. Qal baru bangun. J

Okay. J

Rin,Qal busy sikit hari ini.

Okay2. Rin sayang QalJ

Qal dah on the way ni.Sampai nanti Qal text Rin.

Take care J

Perubahan yang berlaku dalam diri Rhyqal membuatkan Nurin terasa tersisih. Hampir setiap hari Nurin ditinggalkan sendirian. Nurin sedar perubahan itu disebabkan dirinya sendiri.

*Sebulan yang lalu

“Selamat pagi sayang.Dah bangun ke ? Bangun la. Qal rindu.” Tersenyum Nurin membaca mesej daripada Rhyqal. Simple tapi sweet. Rhyqal si pencuri yang telah mencuri hati milik Nurin sejak 16 Julai 2009. Meskipun Rhyqal lebih tua daripada Nurin,itu tidak menjadi penghalang bagi hubungan mereka. Malah kehadiran Rhyqal telah banyak merubah hidup Nurin. Nurin juga berjaya memperolehi keputusan PMR yang cemerlang berkat doa dan bantuan pencuri hati a.k.a private tutor nya,Rhyqal Izzaq Norman. Namun Rhyqal pula memperoleh keputusan SPM yang kurang cemerlang. Lebih menyedihkan Rhyqal tidak diterima oleh mana-mana universiti awam. Nurin tidak sanggup melihat pencuri hatinya sedih,lalu dalam diam Nurin mendaftar Rhyqal ke sebuah kolej swasta.

Nurin berjaya mengembalikan senyuman dibibir Rhyqal. Namun senyuman Nurin pula bertukar menjadi air mata. Rhyqal semakin sibuk. Jarang ada masa untuk Nurin. Suatu hari,Nurin terlepas cakap lalu menyebabkan mereka perang besar. Perang tersebut membuatkan Rhyqal berubah. Perubahan yang menyebabkan Nurin semakin sedih.

Hari –hari Nurin tidak lagi seperti dahulu. Rhyqal lebih banyak menghabiskan masanya dikolej dan kawannya. Kadang-kadang Rhyqal lansung tidak memberitahu Nurin dimana dia berada. Bahkan setiap kali ada masa terluang Rhyqal akan menghabiskan masanya dihadapan laptop. Nurin hanya mampu bersabar.

“Benar kata orang. Berkasih dengan orang yang lebih tua sangat banyak cabaran dan dugaan. Qal,Rin rindu kita yang dulu.Qal yang sweet,manja.Qal,wherever u are,please take a good care of yourself.” Rintih hati kecil Nurin setiap kali dia teringat akan Rhyqal.

Sikap dan sifat Rhyqal yang baru menyebabkan Nurin juga berubah. Nurin lebih banyak memendamkan perasaan dan sering memalsukan senyuman tiap kali mereka berjumpa. Dugaan tidak berhenti sampai di sini sahaja,hati Nurin lebih pedih apabila muncul seorang perempuan yang sebaya dengan Rhyqal menyukai Rhyqal. Rhyqal juga bagaikan senang dengan kehadiran perempuan tersebut. Nurin dapat merasakan bahawa kasih sayang Rhyqal semakin berkurang.

“Rin,harini Qal ada pertandingan futsal. Rin doa Qal menang ok ?”

“Qal tak minta pun pasti Rin akan doa.Take care Qal.” Nurin terlalu lemah untuk membalas mesej Rhyqal hanya mampu membisik di dalam hati. Nurin sudah tiga hari terlantar di hospital. Nurin diserang asthma tiga hari lepas akibat terlalu penat.

Diari Nurin ku tutup.Hari ini genap tiga bulan Nurin meninggalkan aku. Tiada lagi Nurin dalam hidup aku. Tiada lagi “take care” untuk aku. Tiada lagi orang yang akan memanggilku “pencuri hati”. Masih ku ingat,Nurin memberitahu ku “Tanpa Qal,Nurin takkan wujud.”

“Kenapa pula ?” soal ku aneh.

“Qal perasan tak,nama Qal ada dalam nama Nurin. Nama penuh Nurin ialah Nurin Umaiyah,NU.Nama Qal pulak,Rhyqal Izzaq Norman,RIN.” Jawap Nurin dengan penuh yakin.

Itulah pertemuan terakhir kami dan itulah hari terakhir aku melihat Nurin senyum.

“Rin,Qal minta maaf. Qal banyak buat salah,abaikan Rin. Qal menyesal sangat. Rin,Qal Rindu Nurin Umaiyah. Rindu sangat-sangat. Maafkan Qal Rin.”

0 comments: