BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 8 December 2011

Cermin Gergasi

Sakitnya menahan rindu dan membuang segala memori yang telah dicipta bersama orang yang kita sayang.Namun bagi Sha,semua itu pasti dia dapat harungi sendiri.Sha dan Wan telah bersama selama dua tahun empat bulan dan DUA hari.Dua tahun tidak akan bermakna sekiranya kepercayaan dan kasih sayang telah pudar dalam hati Sha.Sha akui memang dia merindui Wan walaupun baru sehari mereka berpisah.

'Sha,i still love u.' Sha juga akui bahawa setiap kali mesej Wan masuk,hati Sha akan berbunga-bunga namun Sha tahu dia tidak mungkin akan kembali kepada Wan.Cukuplah hatinya sakit disebabkan perbuatan Wan selama ini.

"Sha,nangis ek?" soal abang Sha,Haziq.

"Taklah." selamba Sha menjawab.

"Sha adik abang.Abang tahu perangai Sha.Ni mesti pasal Wan kan? Sudahlah Sha.Tak payah lah nak nangis.Tak cantik."

"Terima kasih abang.Abang seorang faham Sha.Kan best kalau Wan pun macam abang.Sha sayang abang" kata-kata yang Sha tak mampu luahkan.

Selalunya Wan akan membuat handphone Sha bising.Sha pula pasti sibuk membalas mesej Wan sampai tangan Sha dah hafal kedudukan huruf tanpa melihat screen.Tapi sekarang? "Wan,Sha rindu Wan.Sha tunggu Wan" bisik hati kecil Sha.Disebabkan terlalu bosan merenung handphone,Sha mengambil keputusan untuk log in twitter.Tiba-tiba mata Sha terpandang satu tweet,

"You came into my life and stole my heart,and I love you.No one could ever replace u.But now you made cried and leave me"

Sha merasakan tweet tersebut sama seperti hidupnya lalu Sha retweet tweet tersebut.Tiba-tiba Sha terlihat satu tweet,

"That girl retweet my previous tweet."

Laju sahaja tangan Sha menekan profil lelaki tersebut dan rupa-rupanya lelaki itu adalah WAN.Sha terus log off dan tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi.Haziq melihat keadaan adiknya.Hatinya tersentuh.Haziq mengambil keputusan untuk membawa Sha keluar.Dia yakin dia boleh menghiburkan adik kesayangannya itu.

"Sha,jom pergi The Spring." ajak Haziq.

"Ok.Sha nak kemas kejap." jawab Sha.Ingin sahaja Sha menolak namun tak sampai hati nak menolak ajakan abangnya itu.

Haziq dapat melihat perubahan yang berlaku terhadap Sha.Selalunya Sha akan gembira apabila pergi The Spring.Tapi sekarang ? Sha lebih banyak berdiam diri dan hanya menjawab apabila ditanya.Haziq mecuba memecah kesunyian dengab bertanya,

"Sha,hari ini Padini ada buat sale.Nanti Sha teman abang pergi sana bleh ?" tanya Haziq.

Sha terkejut.Darahnya bagaikan berhenti mengalir.Padini ? Tempat dimana dia dan Wan mula-mula berjumpa.Masih segar dalam ingatan Sha insiden tersebut.Waktu itu Sha keluar bersama kawan-kawannya.Seperti biasa,Sha akan mengajak kawan-kawannya membeli barang di Padini.Setelah selesai membayar baju,Sha menunggu kawan-kawannya dihadapan sebuah cermin besar yang terletak di dalam kedai Padini tersebut.Sha berhasrat untuk mengambil gambarnya yang terdapat di dalam cermin gergasi tersebut.Hasrat Sha tidak kesampaian apabila muncul seorang lelaki yang ingin mengambil gambar seperti Sha.Sha berang kerana niatnya tidak kesampaian.Sha terus keluar dari Padini.Tiba-tiba tangan Sha terasa seperti dipegang seseorang.Sha tersentak.

"Hai awak.Jangan marah ek.Saya Wan.Tadi awak tak sempat kan ambil gambar ? er.Sorry awak.Awak,ni nombor handphone saya.Kalau awak free,awak boleh mesej saya" lancar sahaja dia bercakap.Sha pula hanya mampu ternganga.

"Kenapa pula saya harus mesej awak?" Sha hairan.

"Sebab.Sebab tadi saya sempat ambil gambar kita.Oops jangan fikir yang bukan-bukan.Saya tak sengaja.So,kalau awak free,awak boleh lah mesej saya.Nanti saya mms-kan gambar kita tadi." Jelas lelaki tersebut.

Belum sempat Sha menjawab,lelaki itu sudahpun lari.

"Tapi,itu dulu.Sekarang Wan dah lupakan Sha." rintih Sha sendirian.Sha hanya mengikuti langkah abangnya.Dia tidak dapat memberikan alasan kepada abangnya.

"Sha tunggu abang dekat cermin tu kejap boleh ? Abang nak cuba baju ni.Abang janji takkan lama." Rayu Haziq sambil menunjukkan muka kasihan.

"Okay" simple saja jawapan Sha.Sha berjalan ke cermin gergasi dan dia terlihat ada kerusi kosong.Sha duduk sambil menundukkan kepalanya.Tiba-tiba dia terdengar suara DSLR yang sedang mengambil gambar.Sha menoleh ke belakang dan,

"Hai awak.Jangan marah ek.Saya Wan.Saya sayang awak.Awak,saya nak awak jadi sunshine saya balik boleh ? Hidup saya mendung sejak sunshine hilang.Pleasa Nur Esha Areen."

Sha tersenyum.Sha terdiam.Sha terharu.Air matanya mengalir sekali lagi.Wan menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Sha.

"Terima kasih Shah Hazwan.Saya sayang awak juga." luah Sha dengan jujur."Terima kasih juga abang sebab buat semua ini.Sha sayang abang.Terima kasih juga buat CERMIN GERGASI kerana menyatukan aku dengan Wan." bisik Sha.

0 comments: